Hai semua orang.
Macam mana 1st day posa? Mesti seronok lagi beronok-ronok bukan. Ala..dah tetiap tahun posa takkan tak biasa jugak kot. Untuk geng² yang tengah bawak perot dikecualikan la, tapi kalau dapat habiskan sebulan meh kita tabik spring pada dorang.
Mari mengepoh Rini punya cerita lepas buka, si gemok ni melepek macamkan beliau posa seharian. Mak bapak ko pon xde layu macam ko Rini. Geram je aku tengokkan. Macam biasa mesti sempatkan diri amek gambo lalu upload kat FB, komen kak Mas untunglah jadik kucen. Kikiki.
Orang sahur, beliau sahur. Orang berbuka, beliau berbuka. Tapi, tengah hari sedap je kunyah beskot. Tu buat muka tak puas ati sebab kena geletek tengah sedap² baring. Pada muka! Heeee. *evil laugh*
Hadis menarik nak share sempena hari ke-satu posa:
Hadis menarik nak share sempena hari ke-satu posa:
"Barangsiapa yang melakukan Ibadah sunat pada bulan Ramadhan nescaya ganjarannya menyamai melakukan Ibadah-ibadah fardhu dibulan-bulan yang lain dan barangsiapa melakukan ibadah fardhu di bulan Ramadhan, ganjarannya menyamai 70 kali ganda ia melakukan ibadah tersebut di dalam bulan-bulan yang lain" (Maksud Hadis Riwayat Muslim) Sumber: http://www.maij.gov.my/
No comments:
Post a Comment