Cari

Wednesday, 24 July 2013

Bantuan Khas Raya 2013 untuk Penjawat Awam dan Pesara

Hai semua orang. 

Semenjak jadi orang gomen ni, tiba² jadi rajin tengok berita sebab nak tunggu pengumuman bonus raya. Hee. Alhamdulilah malam ini berita yang dinanti-nanti semua penjawat awam dan pesara di seluruh Malaysia telah pun diumumkan dengan rasminya. 

Peruntukan RM835j kepada penjawat awam dibayar akhir bulan 
 Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. Bantuan kewangan yang akan dibayar pada 31 Julai ini membabitkan peruntukan kewangan RM835 juta. Sumber: Berita Harian Online


Semangat shopping tetiba datang membuak² lepas tengok berita malam ni. Bolehla belikan baju raya untuk Rini. Yay!

No comments: