Cari

Monday, 29 July 2013

Berbuka Puasa di Restoran 6 Corner Senibong

Assalamualaikum semorang !

Semalam yakni 28 Julai 2013 (Ahad) bersamaan dengan 19 Ramadhan 1434H mak bapak Rini berdua-duaan berbuka-bukaan di luar. Al kisah..sepanjang 19 hari posa ni, we ols buka kat rumah saje. Maka, amek peluang sebaiknya sebab tak larat nak klentang klentung kat dapur setelah lepak mengemas rumah lepas majlis big family gathering semalamnya.

Destinasi yang dituju adalah ke Restoran 6 Corner Senibong tempat feymes dengan hidangan makanan laut di Johor Bahru. Orang kata la bukan mak kucing yang kata. Ni kali ke 3 aku ke sini sebab sebelum ni pernah datang untuk dinner dengan kelorga dan majlis buka posa dengan Maybanker Permas Jaya (tahun 2012).


Yang ohsemnya, tempahan meja boleh dibuat secara online u ols! Memula tu macam tak konfiden nak isi borang booking sebab risau kang takde orang attend book tu tak memasal buka posa makan angin je kat Senibong. Oleh kerana tangan gatai, aku try sesaja test coba nengok macam mana kekdahnya. Seprisingly, tak sampai 5 minit dapat emel dan call untuk pengesahan tempahan siap amek menu nak makan apa. Tergagap-gagap aku nak menjawab sebab belum plan nak makan apa.


Dengan bantuan tukang makan nombor 2 di sebelah, maka inilah yang we ols order. Simple je sebab tangki memasing tak muat nak isi banyak. Ini pun siap tapau sebab tak habis padahal 3 menu je. Untuk menu simple ni harganya adalah seperti berikut:

1. Ikan Siakap 3 Rasa - RM37.00
2. Sotong Goreng Tepunt (2 orang makan) - RM18.00
3. Nasi Putih (2 pinggan) - RM3.00
4. Tembikai - RM7.00
5. Kailan Ikan Masin (1 orang makan) - RM4.00
JUMLAH - RM69.00

Komen? Ikan Siakap 3 Rasa tu boleh tahan garing tapi kuahnye kurang kick. Sotong goreng tepung memang ohsem! Kailan Ikan Masin pun ok. Masa berbuka ni dorang siap bagi 2 cup dadih tembikai susu free of charge untuk pencuci mulut.

Sesapa yang teringin nak makan kat sini/nak tau maklumat lanjut boleh guna info ni:

Tel. no: 016 741 9991 / 018 972 2183 (Wan)
Facebook : search 6 Corner Senibong

Sekian wassalam :)

No comments: