Cari

Friday, 11 October 2013

Aeril Zafril & Wawa Zainal Sudah Nikah

Wawa dan Aeril dikatakan telah menyulam cinta sejak 3 tahun yang lalu. Adakah pembongkaran ini membuktikan bahawa Aeril dan Wawa selama ini berbohong? Kalau betul sudah berkahwin, apa salahnya beritahu kepada orang ramai. Jangan bersembunyi dan terus memberikan alasan yang tidak masuk akal. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Aeril dan Wawa. Baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca pendedahan lengkap yang dikeluarkan menerusi BiPop hari ini.



Aeril dan Wawa menjawab soalan media.

Monday, 19 August 2013

#R4BIA? Apa tu?


Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag #R4BIA? Apakebenda R4BIA tu?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.

Sumber: save Egypt

Monday, 5 August 2013

Pengumuman Zakat Fitrah 1434H / 2013M bagi Negeri Johor Darul Takzim


Panduan Kadar Fitrah
Harga Fitrah RM 5.00
Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional).
Panduan Pembayar
  • Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di Negeri Johor
  • Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.
Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:
” Rasulullah S.A.W mewajibkan Zakat Fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberi makanan (juadah) kepada orang-orang miskin, dan barang siapa menunaikannya (Zakat Fitrah) sebelum solat hari raya, maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (Zakat Fitrah) selepas solat hari raya, ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan Zakat Fitrah)”
Hadith Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah
Kaunter Kutipan Zakat Harta dibuka 7 Hari Seminggu:
Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang (Waktu hari bekerja biasa)
Sabtu & Ahad: 9.00 pagi – 4.30petang
Tempat: Semua Kaunter Zakat Harta, Pejabat Kadi Daerah di Seluruh Negeri Johor
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Semoga ibadah puasa yang dilaksanakan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. 
Rebutlah Keberkatan Ramadhan Dengan Berpuasa dan Berzakat
Sumber: http://www.maij.gov.my

Untuk negeri-negeri lain boleh semak melalui link di bawah:

Kadar Zakat Fitrah 2013/1434H Negeri Seluruh Malaysia

Sunday, 4 August 2013

Kadar Zakat Fitrah 2013M/1434H Negeri Seluruh Malaysia

Assalamualaikum semorang :)

Jom semak kadar zakat fitrah untuk tahun ini. Berdasarkan analisis, kadar zakat fitrah 2013/1434H tidak akan jauh berbeza dari kadar zakat fitrah 2012 yang lalu.

Dibawah terdapat kadar zakat fitrah 2013M/1434H bagi negeri seluruh Malaysia.


Kadar Zakat Fitrah 2013/1434H Negeri Seluruh Malaysia

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Yang Telah Di Sahkan


  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor - RM7.00
  • Kadar Zakat Fitrah Kelantan - RM7.00
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sembilan - RM6.50
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis - RM6.00


Waktu Membayar Zakat Fitrah


  • Waktu Wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu paling afdal: Sebelum Solat Sunat Aidilfitri
  • Waktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
  • Waktu makruh: Selepas solat sunat Aidilfitri dan terbenam matahari 1 Syawal.
  • Waktu Haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal

Sumber: http://kezoom.blogspot.com

Friday, 2 August 2013

Selamat Dua Puluh Lima

Hai semorang,

Masuk je 1 Ogos semalam hati mak kucing ni dah terdetik sesuatu. Sesuatu bukan untuk hari itu tapi esoknya. *Hadoilaapapunyebelitintroakuni*

Oyeahh! Harini adalah hari-tambah-umur untuk mummy kesayangan we ols. Sayang dia since sekolah sampailah dah beranak pinak dan sampai bila². Jadi mari kita nyanyi lagu Selamat Ulang Tahun untuk mummy Nur Idayu binti Ishak..


♪♫♪ "Selamat doploh limaaa..

Selamat doploh limaaa.. ♪♫♪♫

♪♫ Selamat doploh lima ayuuuuu..

Selamat doploh lima taunnnnn" ♪♫♪♫



Ayu yang we ols kenal =  ganas tapi jiwang  + penyayang + penyabo + tak kedekut + setia + bertabah + ade pendirian diri + kengkadang kuat membebel (dah jadik mak lah katakan) dan lain-lain. Myra, Uda or Wanie ade nak tambah? Heee.

p/s: I luv u fren!
p/s dari Rini : *meow..meoww..meowwww..* <- selamat hari tua mummy

Monday, 29 July 2013

Berbuka Puasa di Restoran 6 Corner Senibong

Assalamualaikum semorang !

Semalam yakni 28 Julai 2013 (Ahad) bersamaan dengan 19 Ramadhan 1434H mak bapak Rini berdua-duaan berbuka-bukaan di luar. Al kisah..sepanjang 19 hari posa ni, we ols buka kat rumah saje. Maka, amek peluang sebaiknya sebab tak larat nak klentang klentung kat dapur setelah lepak mengemas rumah lepas majlis big family gathering semalamnya.

Destinasi yang dituju adalah ke Restoran 6 Corner Senibong tempat feymes dengan hidangan makanan laut di Johor Bahru. Orang kata la bukan mak kucing yang kata. Ni kali ke 3 aku ke sini sebab sebelum ni pernah datang untuk dinner dengan kelorga dan majlis buka posa dengan Maybanker Permas Jaya (tahun 2012).


Yang ohsemnya, tempahan meja boleh dibuat secara online u ols! Memula tu macam tak konfiden nak isi borang booking sebab risau kang takde orang attend book tu tak memasal buka posa makan angin je kat Senibong. Oleh kerana tangan gatai, aku try sesaja test coba nengok macam mana kekdahnya. Seprisingly, tak sampai 5 minit dapat emel dan call untuk pengesahan tempahan siap amek menu nak makan apa. Tergagap-gagap aku nak menjawab sebab belum plan nak makan apa.


Dengan bantuan tukang makan nombor 2 di sebelah, maka inilah yang we ols order. Simple je sebab tangki memasing tak muat nak isi banyak. Ini pun siap tapau sebab tak habis padahal 3 menu je. Untuk menu simple ni harganya adalah seperti berikut:

1. Ikan Siakap 3 Rasa - RM37.00
2. Sotong Goreng Tepunt (2 orang makan) - RM18.00
3. Nasi Putih (2 pinggan) - RM3.00
4. Tembikai - RM7.00
5. Kailan Ikan Masin (1 orang makan) - RM4.00
JUMLAH - RM69.00

Komen? Ikan Siakap 3 Rasa tu boleh tahan garing tapi kuahnye kurang kick. Sotong goreng tepung memang ohsem! Kailan Ikan Masin pun ok. Masa berbuka ni dorang siap bagi 2 cup dadih tembikai susu free of charge untuk pencuci mulut.

Sesapa yang teringin nak makan kat sini/nak tau maklumat lanjut boleh guna info ni:

Tel. no: 016 741 9991 / 018 972 2183 (Wan)
Facebook : search 6 Corner Senibong

Sekian wassalam :)

Wednesday, 24 July 2013

Bantuan Khas Raya 2013 untuk Penjawat Awam dan Pesara

Hai semua orang. 

Semenjak jadi orang gomen ni, tiba² jadi rajin tengok berita sebab nak tunggu pengumuman bonus raya. Hee. Alhamdulilah malam ini berita yang dinanti-nanti semua penjawat awam dan pesara di seluruh Malaysia telah pun diumumkan dengan rasminya. 

Peruntukan RM835j kepada penjawat awam dibayar akhir bulan 
 Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. Bantuan kewangan yang akan dibayar pada 31 Julai ini membabitkan peruntukan kewangan RM835 juta. Sumber: Berita Harian Online


Semangat shopping tetiba datang membuak² lepas tengok berita malam ni. Bolehla belikan baju raya untuk Rini. Yay!

Wednesday, 10 July 2013

Rini puasa ke?

Hai semua orang.

Macam mana 1st day posa? Mesti seronok lagi beronok-ronok bukan. Ala..dah tetiap tahun posa takkan tak biasa jugak kot. Untuk geng² yang tengah bawak perot dikecualikan la, tapi kalau dapat habiskan sebulan meh kita tabik spring pada dorang.

Mari mengepoh Rini punya cerita lepas buka, si gemok ni melepek macamkan beliau posa seharian. Mak bapak ko pon xde layu macam ko Rini. Geram je aku tengokkan. Macam biasa mesti sempatkan diri amek gambo lalu upload kat FB, komen  kak Mas untunglah jadik kucen. Kikiki. 


Orang sahur, beliau sahur. Orang berbuka, beliau berbuka. Tapi, tengah hari sedap je kunyah beskot. Tu buat muka tak puas ati sebab kena geletek tengah sedap² baring. Pada muka! Heeee. *evil laugh*

Hadis menarik nak share sempena hari ke-satu posa:
"Barangsiapa yang melakukan Ibadah sunat pada bulan Ramadhan nescaya ganjarannya menyamai melakukan Ibadah-ibadah fardhu dibulan-bulan yang lain dan barangsiapa melakukan ibadah fardhu di bulan Ramadhan, ganjarannya menyamai 70 kali ganda ia melakukan ibadah tersebut di dalam bulan-bulan yang lain" (Maksud Hadis Riwayat Muslim) Sumber: http://www.maij.gov.my/

Tuesday, 18 June 2013

Mak kucing pegi kursus


Hai semorang.

Sekarang tengah attend kursus tapi curik masa taip entri. Ini entri rindu rinduan sebab 3 hari keluar negeri (read: outstation) untuk menuntut ilmu. Ececeh dah macam peserta pesta pantun pulak bunyiknya. Heeeee.

Hari kedua di KL mata ni aseklah menjeling sesuatu yang terpampang dengan gaya comel di tab. Apekah sesuatu itu? Tak lain tak bukan mestilah gambo si gebu gemok gedempol bushuk masam.

Okeh, dah tatap gambo 3 minit ilang sikit rindu kononnya, best kalo dapat pelok beliau time2 gini.

p/s: Penceramah cakap ada makna yang berbeza untuk dua perkataan kat bawah ni. 

Kehendak - kemahuan
Kendak - ehem ehem yakni hal somi istree

Contoh ayat
1. saya mahu jiran sebelah penuhi kehendak suami saya - ok
2. saya mahu jiran sebelah penuhi kendak suami saya - bahaya wohhhhh

maka, silalah jangan salah sebot ye.

Sebelom say babai meh tgk si kesayangan menggedik, eeee geram.

Wednesday, 15 May 2013

Rini in action

 

Rini tengah bermalas-malasan lepas makan malam. Nampak dia tengah syokkk landing aku sengaja panggil mendengki nak suruh dia bangon. Hihihi.

 Nampak tak muka tak puas ati bila kena panggil pastu aku buat bodo macam takde pape. Lately si gemok ni semakin menjadik2 perangai garfieldnye. Geram je aku tengok. 

 Harini ijan bawak beliau pegi mandi, check up, inject vaksin n pape yang patut. Risau beno bapak kucing takut si Rini jadi liar lepas kena tinggal kat vet seharian. Balik nanti dah janji nak amek dia, tak saba mau ceom beliau yang wangi!

Monday, 13 May 2013

Vlog Rini via Keek!

Hai semua orang.

Harini ada haplod satu Vlog Rini via Keek. Dah lama install tapi baru petang tadi merasmikan walaupun terkial-terkial tak geti nak guna namun ku gagahkan jua. Cakap banyak tak syok, meh layan video si gebusss. Lets Keek-ing!


May 13, 2013 | by Qema_Amaya on Keek.com


Ramai kawan² FB tanya Keek tu menatang ape, jadi meh nak share sikit info.

Keek - The fastest way to share video updates with friends
Share 36-second video updates via webcam, iPhone or Android. Posting keeks is a fun way to meet new people, stay up to date with friends and tell the world what you're up to in real-time.

Sunday, 12 May 2013

Majlis Perasmian Karnival Seni Kreatif KITA 2013

Hai semua orang.


Harini nak kongsikan pengalaman menghadiri Majlis Perasmian Karnival Seni Kreatif KITA 2013 yang dirasmikan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. Seronok kemain sebab ini adalah penglibatan pertama dengan student post graduate UTM. 

Dalam suka pasti ada duka kan? Nak dijadikan cerita oleh kerana sambutan di luar jangkaan daripada mahasiswa UTM, bas yang we ols tempah tak muat. Omaigod, aku punya gelabah kalah mak pengantin yang nak kawinkan anak. Akhirnya 11 orang pelajar kita termasuk seorang student dari Iraq terpaksa ditinggalkan dengan pilihan nak pegi sendiri atau balik je rumah masing-masing. Beberapa orang student kita berbesar hati nak pegi sendiri ke majlis tu dengan kenderaan sendiri. Bila kaji punya kaji orang kuat PGSS rupanya si Shahir dan Rahim, patutlah dedikasi tinggi melangit. Btw, mereka sangat ohsem!

Kita tinggalkan kisah tragis tu dan meh teruskan dengan cerita ceriti sepanjang majlis. Dalam pukul 3, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah tiba di tapak majlis perasmian dengan anakndanya. Satu ayat je terpacul dari mulut bila nampak mereka, " anak beranak yang sangat cantik!"

Pic kredit to FB Shahir *wink* 

Selepas perasmian, ada sesi lawatan ke gerai dan sesi beramah mesra dengan DYMM Raja Zarith Sofiah. DYMM ni sangat peramah dan lemah lembut orangnya. Beberapa student international daripada UTM juga berkesempatan ambil gambar secara eksklusif dengan DYMM Raja Zarith Sofiah. Ohsem kan? 

Pukul 4.30 petang dengan hujan renyai² membasahi bumi, rombongan cik kiah bergerak pulang ke UTM. Kesimpulannya mak kucing adalah sangat teruja sebab dapat jumpa bertentang dua mata dengan DYMM Raja Zarith Sofiah.


Muka budak kena tinggal kat rumah, tak jadi bawak pergi grooming sebab tak konfiden kedai bukak hari Sabtu. Satu hal nak kena patah balik hantar dia balik.

Saturday, 11 May 2013

Kerja Lebih Masa

Hai semua orang.

Harini kena tinggalkan Rini lagi sebab kena bertugas sebagai pegawai pengiring untuk student UTM yang dijemput menghadiri Majlis Perasmian Karnival Seni Kreatif KITA 2013. Disebabkan program ni tak berapa nak formal, bos bagi kebenaran bawak Ijan sekali dan beliau sudi untuk temankan. Yay!


Pukul 1.30 petang kejap lagi kena bawak rombongan cik kiah satu bas ke Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang. Untuk pengetahuan semua, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan untuk berangkat menyempurnakan karnival ini. Mesti meriah kan? Malam kang kalau sempat akan up entri pasal ni.


Eh, lupalah harini kena hangkot sekali Rini pegi hantar grooming kat Bandar Baru Uda. Siaplah kau si gemuk kena sental. Hihihi.

Friday, 10 May 2013

Gambar Candid Rini

Hai semua orang.

Semalam Ijan mintak upload satu candid pic Rini, yakni gambar dia tengah berdiri kat tingkap bilik. Kalau nak tau, kegiatan tu memang hobi Rini setiap kali masuk bilik kiteorang. Agak lama  jugak dia berdiri sambil tengok luar ntah ape yang dipandang. Kadang tu nampak macam tengah merenung masa depan pun ye jugak. Hee.


Dah boring berdiri dia akan panjat tingkap sampai atas lepas tu mengiau sekuat hati sebab tak reti nak turun. HAHAHA. Masa naik tu punyalah eksaited tak tengok kiri kanan, bila dah sampai atas menjerit mintak diselamatkan. Sekali sekala nak dengki si kecik ni, biar je dia menjerit lama² kat atas tu sambil tu gelak-gelakkan dia. Ada sekali tak sempat nak selamatkan dia gedebuk jatuh ke bawah tapi nasib baik tak injured. Lepas jatuh selamber je jalan keluar bilik buat muka macam tak de pape yang terjadi. 

Oleh kerana peel si Rini ni macam² kekdahnye, aku suka panggil dia dengan nama pelik (minachi, si gemok dan  mak enon) bila dia tengah menakal. Kalo Ijan pulak suka cari dia dengan dialog "mane si minah tu?" Hehehe.

Planning nak bawak Rini pegi grooming sebab dah comot semacam je aku tengok. Tadi dah survey kedai kat Bandar Baru Uda dengan bantuan makcik aku yang jugak seorang pencinta kucing. Hopefully kedai tu bukak esok dan boleh amek Rini tanpa buat appointment. 

Thursday, 9 May 2013

Ironman 3

Hai semua orang.

Semalam Rini kena tinggal sekor-sekor kat rumah sebab mak dengan bapak kucing pegi pegi tengok wayang. Kalaulah boleh bawak kucing masuk cinema, memang aku dah hangkot sekali si gemok ni.

We ols masuk cinema pukul 8.30 malam dengan berbekalkan set popcorn Ironman dan mash potato cap megi. Bayo RM14.90 untuk popcorn dengan tumbler edisi Ironman dan RM2.30 untuk mash potato cair. Agak menyesal beli mash potato tak cukup sifat tu tapi perot kosong punya pasal bedal je lahhhh. 2 jam lebih woh cerita ni, tak larat nak tahan lapo. Harga tiket 3D ialah RM50 untuk couple seat sekali dengan cermin mata 3D. Brader tu bagitau cermin mata boleh bawak balik, tak payah pulang. 

Kalau nak tau, mak kucing adalah peminat kipas-susah-mati si Tony Stark. Kenapa? Sebab mamat tu adalah sangat kelako dan slamber sukati mak bapak dia je kalo nak cakap or buat apa-apa. Secara keseluruhannya puas hati lah jugak sebab dapat tengok versi 3D yang ohsem. Tapi dari segi jalan cerita ada kureng sikit, susah nak faham dan agak complicated. Karakter Tony Stark pun tak berapa nak kelako nak dibandingkan dengan Ironman 2 dulu.

Scene feveret bila Mark42 yang konon-konon datang nak jadi penyelamat tapi salah landing punya pasal habis berterabur depan Killian si jahat tu. Aku punya gelak tak hingat elak berguling je dalam panggung. Scene tak ohsem langsung ialah apabila dipaparkan orang arab/Islam berhijab digambarkan sebagai pengganas. Menggelegak je hati aku tengok jalan cerita macam ni. Huh.

Habis tengok wayang gerak balik dan sampai rumah dalam pukul 11 lebih, macam biasa si Rini sambut depan pintu. Bukak je pintu terus amek dia jadi model amek gambar dengan tumbler Ironman. Buat muka comel macam tau-tau je mau masuk belog. Heeee, geram!

Sent from my Samsung tablet.


Wednesday, 8 May 2013

Salam Perkenalan

Hai semua orang.

Selamat datang ke 'Rini Thingy'. Ini blog kucing parsi comel bernama Rini. Blog ni diwujudkan untuk kongsikan pengalaman dan juga tempat simpan semua kenangan dengan Rini. Oh ye, kadang-kadang cerita mak kucing & bapak kucing juga akan enterframe sama. Hihi.

Untuk pengetahuan u ols, Ijan beli Rini dari seorang brader yang dikenali melalui mudah.my. Harga iklan adalah RM400, tapi dengan skil nego si bapak kucing dapatlah kurang sikit (tak silap RM350). Jantina Rini adalah betina ye,  ada potensi nak dapat Rini junior ni.  Erk. Jauh sangat mak kucing ni berangan sebab umur Rini baru 4 bulan.

Kepada semua peminat kucing comel, mehla jadi Geng Meow. Boleh tukar-tukar pendapat dan pengalaman. Dan mana tau satu hari nanti boleh buat aktiviti gathering dengan si comel masing-masing. Syok woh.

Sampai sini dulu mak kucing membebel, nanti sambung lagi. Bai!

Sent from my Samsung tablet.


Tuesday, 7 May 2013

JEMPUTAN KE PROGRAM UTM POSTGRADUATE INFO DAY 2013

Assalammualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekolah Pengajian Siswazah (SPS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menganjurkan program UTM Postgraduate Info Day 2013 di mana program ini turut melibatkan Unit Pemasaran Universiti (UPU) dan semua fakulti / sekolah di UTM seperti butiran berikut:

Tarikh (Hari) : 18 - 19 Mei 2013 (Sabtu - Ahad)
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Besar, UTM Kuala Lumpur

Sehubungan itu, Y. Bhg. Prof./Datuk/Dr./Saudara dengan hormatnya dijemput hadir ke program tersebut & menghebahkan mengenai program ini kepada keluarga, saudara & rakan-rakan untuk turut hadir ke program tersebut bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai program-program pascaijazah, tawaran pembiayaan pengajian dll. Untuk makluman semua, kami juga akan turut menyertai pameran Karnival Kerjaya yang akan diadakan di Foyer DSI, UTM, Johor Bahru pada 15-16 Mei ini.

Sekian, bersama-sama ini turut dilampirkan banner program untuk rujukan semua.

Terima kasih, wassalam.




Monday, 4 March 2013

Hey March!

Entri pertama di bulan tiga 2013. Gambo xde kena mengena dengan cerita, sekadar hiasan semata mata. Eh macam pantun pulak bunyinyer. Heeee.

Ekceli banyak mende nak stori mori tapi tak tau kenapa jari dengan otak ni macam liat nau nak menaip. Rindu gila nak blogging macam dulu. Siyesli! Inipun ku gagahkan juga mengetuk papan kekunci (skema gilossss) dah alang alang kemudahan ada depan mata. Segalanya di hujung jari, giteww.

Oh yee..beruang putih pakai scarf coca cola dalam gambar tu adalah hadiah pemberian somi terchenta. Buat teman kat opis merangkap jadi kawan kepada si FiLin. Cakap pasal FiLin teringat pulak sama kakak2 Maybankers yang bertugas hari pertama di tempat baru. Hopefully dorang happy sokmo dan ceria2 selalu. Nak whatsapp macam dah lewat sangat, dorang musti dah tido. Esok pagi mau tanya kaba skali jalan dengan gosip mosip lah!

Kak lin n kak fiza, wish u best of luck for your future undertaking.

Much ♥
Adik yang rindu sama kamu!

Sent from Samsung tablet.

Thursday, 7 February 2013

Prosedur Tukar Lesen P ke CDL

Salam u ols.

Entri kali ni nak berkongsi pengalaman aku tukar lesen P ke lesen CDL atau nama panjangnya Competent Driving License. Semoga boleh jadi panduan untuk semorang yang baru nak melalui fasa hidup yang satu ni.

Baiklah sedara sedari cikebom cikebom sekalian, senarai di bawah adalah dokumen yang perlu disediakan dan dihangkut bersama ketika urusan pembaharuan lesen hendak dilakukan. Pastikan semua lengkap untuk mengelakkan anda dihalau balik setelah penat tunggu kat pejabat mereka.
  1. Satu keping gambar berukuran lesen memandu. Masa amik gambar tu bagitau kedai gambar nak amik gambar untuk lesen. Kalau korang bagi gambar berukuran pasport kat kaunter memang saja mintak kena tengking.
  2. Lesen P asal. Jangan lupa bawak ye! Ia sangat penting sebab lepas dapat lesen CDL, pegawai tu akan potong lesen P menandakan mende tu dah tak valid lagi.
  3. Kad Pengenalan asal. Ini barang memang kena usung kemana kita pergi sekali pun tapi sila pastikan ianya ada dalam dompet, yelah manatau semalam pegi fotostat ke hapa lupa nak masukkan balik dah satu hal kena main cari harta karun.
Itu sajok. Ekceli boleh je mintak tolong Sekolah Memandu tolong buatkan tapi makan masa nak dapat balik lesen korang plus dengan bayaran pun agak mahal sebab nak bayar kos runner segala. Aku buat sendiri kat JPJ untuk 2 tahun terus total bayaran adalah RM60. Akak kaunter tu bagitau limit boleh sampai 5 tahun. 1 tahun RM30, 2 tahun RM60 dan seterusnya. No diskaun maun.


Lepas dapat lesen terus BBM kat somi bagitau lesen dah settle. Komen beliau yang ringkas & padat ---> 'Selambak'. Cis..cis..cis..dan cis lagi. Itu adalah hasil 3 kali shoot dengan posing yang berbeza, dah kali ke 3 tu aku redho je sebab amoi kedai kodak macam malas nak layan cekadak aku.

Meh nak share jugak peta dan alamat penuh pejabat JPJ Taman Daya. Kalau nak tau aku dah kali kedua datang sini driving alone tapi malangya sesat jugak. KAHKAHKAH! 


Pejabat JPJ Johor Bahru, Kompleks JPJ, Taman Daya, 80990 JB, Johor
Telephone: 07-3606060 | Fax : 07-3542805 | Email : kus@jpj.gov.my 
Office Hours : 
Monday - Thursday : 7.45 am - 5.00 pm (1.00pm - 2.00pm break) 
Friday : 7.45 am - 5.00 pm (12.15 pm - 2.45 pm closed for lunch break) 
Remarks : Counters for road tax and driving license renewal remain open during lunch break.

Sumber: http://jpj.my/state_jpj_offices/JPJ_Johor_Bahru.htm (FAQ)

Tuesday, 5 February 2013

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) - Nusantara Prima, Johor



Nusantara Prima merupakan pembangunan eksklusif yang merangkumi kawasan sekitar 266.58 ekar di bandar Nusajaya yang kini sedang berkembang pesat dan telah bersedia untuk menjadi hab utama komersial, hiburan dan perumahan bagi kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Projek NUSANTARA PRIMA adalah usahasama antara pemaju Denia Development Sdn. Bhd. dan UEM Land Berhad, selaku pemilik tanah. 

Proses pengundian terbuka akan dikendalikan oleh PR1MA. 

 2 jenis unit kini dibuka untuk permohonan. 

 1. Jenis 2A terdiri daripada 94 unit rumah teres 2 tingkat (1384 kps) 

 2. Jenis 2C terdiri daripada 107 unit rumah teres 2 tingkat (1392 kps) Kedua-dua jenis rumah berukuran 18 'x 65' dengan harga bermula dari RM199, 000 masing-masing. 

 KRITERIA KELAYAKAN 
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas 

2. Menetap atau bekerja dalam sempadan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Majlis Perbandaran Pontian 

3. Pendapatan isi rumah kasar bulanan (suami dan isteri / bujang) di antara RM2,500 dan RM7,500 

4. Pemohon atau pasangannya tidak memiliki hartanah selain dari satu unit Rumah Kos Rendah / Rumah Kos Sederhana Rendah 

 TERMA DAN SYARAT
1. Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan di mana rumah tersebut tidak boleh dijual atau dipindah milik 

2. Pembeli wajib mendiami di rumah tersebut 

 INFORMASI TAMBAHAN 
1. Pemohon mesti membuat pendaftaran melalui laman web, www.pr1ma.my 

2. Tempoh permohonan bermula dari Disember 13, 2012 

3. Permohonan ditutup pada Februari 8, 2013, jam 11:59 malam 

4. Pemohon perlu membuat pembayaran kos penyediaan dokumen (peguam) dan duti stem seperti biasa 

5. Pembeli rumah yang berjaya boleh meneruskan urusan pembiayaan perumahan dengan institusi kewangan pilihan sendiri Kami menasihatkan anda supaya melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memudahkan proses pengundian terbuka kelak.

Sumber: http://www.pr1ma.my/developments.html

Permohonan Jawatan Kosong Secara Online di UTM (Tarikh Tutup 11 Februari 2013)

Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM.


Jawatan :
Bil.Tarikh IklanTarikh TutupNo Siri JawatanTajuk JawatanLokasiTaraf Jawatan
129-01-201311-02-201320130129JA17AJURUTEKNIK (JA17)KUALA LUMPURTETAP/KONTRAK
229-01-201311-02-201320130129KP11APENGAWAL KESELAMATAN (KP11)KUALA LUMPURTETAP/KONTRAK
329-01-201311-02-201320130129NA17APEMBANTU TADBIR (P/O) (NA17)JOHOR BAHRU / KUALA LUMPURTETAP/KONTRAK
429-01-201311-02-201320130129NA17FPENYELIA ASRAMA (NA17)KUALA LUMPURKONTRAK
529-01-201311-02-201320130129NA17IPEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (NA17)JOHOR BAHRU / KUALA LUMPURTETAP
629-01-201311-02-201320130129RA01DPEKERJA AM (RA01)KUALA LUMPURTETAP
729-01-201311-02-201320130129SA17EPEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (SA17)KUALA LUMPURTETAP


Tarikh iklan buka : 29 Januari 2013.

Tarikh tutup iklan : 11 Februari 2013.

Nota : Permohonan jawatan adalah secara online application dipautan/link yang disertakan.

Pautan web : http://www.kl.utm.my/registrar/ @ https://hrfin.utm.my/smuhr/ @ http://news.kl.utm.my/

Sumber :

Pejabat Pendaftar
UTM Kuala Lumpur
29 Januari 2013


Wednesday, 23 January 2013

Pencarian wartawan/pengacara News Online

Tadi dapat bbm from senior masa kt UTM dulu. For sharing purpose. Sape berminat boleh refer kt announcement bawah yek:



Pencarian wartawan/pengacara penyiaran bagi News Online.



Sesiapa berminat sila hantarkan resume beserta gmbar passport dan gambar penuh ke newsonline.rtm@gmail.com. Sesi uijibakat akan berlangsung pada 23 jan 2013 pada jam 2 ptg @ Wisma Berita Angkasapuri.



Sbrg pertanyaan sila hubungi 0196992712 wawa





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, 19 January 2013

Maharaja Lawak Mega 2012 : Undian vs Keputusan Rasmi


Masa persembahan finalis berlangsung, Facebook Rasmi Maharaja Lawak Mega 2012 keluarkan poll untuk survey siapa yang bakal jadi juara malam ni. Setakat pukul 11:50 malam keputusan adalah seperti berikut:


KEPUTUSAN POLL (setakat 11:50 malam)


JOHAN :  JOZAN

NAIB JOHAN:  JAMBU 

TEMPAT KETIGA: SHIRO

TEMPAT KEEMPAT : BOBOI

TEMPAT KELIMA :  SAY WHO




dan..*drumroll*





KEPUTUSAN RASMI

JOHAN (RM 500k + TROFI) : JOZAN

NAIB JOHAN (RM 250k + TROFI) :  JAMBU

TEMPAT KETIGA (RM 150k + TROFI) :  SHIRO  

TEMPAT KEEMPAT (RM 50k + TROFI) :  BOBOI

TEMPAT KELIMA (RM 15k + TROFI) :  SAY WHO


Friday, 18 January 2013

Maharaja Lawak Mega 2012 : [Boboi] Listen! Listen! Listen! Apa maksudnya?


Dua tiga hari kebelakangan ni perkataan Listen! Listen! Listen! banyak naik kat newsfeed semorang aku rasa. Punyala hot sampai terbawak - bawak ke Maharaja Lawak Mega Akhir persembahan Boboi. Perasan tak tadi masa Afdlin dengan Nabil bertekak dan ada sebut banyak kali perkataan tu.

Ekceli isu ni quite sensitive sebab melibatkan isu politik yang sangat kebaboommm. Semua ni sebenarnya berpunca dari video youtube Forum Mahasiswa USM dan rasa²  link ni boleh mengalahkan statistik 'Oppa Gangnam Style'. Macam over je perbandingan aku ni. Heee.

Tanpa membuang masa meh nak kongsikan video yang dimaksudkan. Tengok kat minit ke 1:40 sampai habis dan fikir² lah ape yang patut. Takmo komen bukan² ye kang tak pasal kena masuk ICA.





Maharaja Lawak Mega 2012 : Info terkini tiket di JB

Tarikh  : 18 Januari 2013

Tempat  : STADIUM HOKI, TAMAN DAYA (Johor Bahru)

Masa: 10 pagi hingga 12 tengah hari

Jumlah Tiket: 1 bil TERKINI Dec 2012 atau Jan 2013 
(Yang melanggan Mustika Pack) - 2 tiket PERCUMA

Jumlah Tiket TANPA AKAUN ASTRO: 1 tiket PRCUMA seorang

Sila bawa bil astro terkini beserta salinan kad pengenalan (pemilik asal akaun tersebut). Jika wakil yg membuat tuntutan tiket perlu membawa kedua-dua rujukan di atas.

Untuk yang tidak mempunyai akaun Astro, anda juga boleh datang mengambil tiket! Anda akan diberikan SATU TIKET PERCUMA SEORANG :)

Sumber: Facebook Maharaja Lawak Mega 2012

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, 3 January 2013

Novel Setia Hujung Nyawa


Dah lama tinggal aktiviti mengkhatam novel tapi baru-baru ni kegiatan tu nampaknya akan kembali bergiat aktif. Ni semua gara-gara drama pukul 7 kat tiwi tiga. Tambahan pula kak lin (officemate) yakni seorang peminat tegar novel melayu telah meminjamkan novel berkenaan dalam 2 ari lepas.

Yang hampehnya sampai ke saat ni x start baca lagi. Hati meronta-ronta nak khatamkan dalam masa 1 ari tapi dek kekangan masa orang bekerjaya kononnya tu yang hanya mampu baca sinopsis kat kulit belakang jer. Kikiki :p

Mekasey dan tahniah kak lin kerna berjaya membenihkan semula minat zaman hingusan ku ini. Hutang nak bagi akak baca cerpen jiwang saya tu akan ditunaikan dalam masa terdekat ye. Heee. Berangan jugak nak up cerpen tu dalam belog ni buat kenang kenangan, nantilah esok-esok.

Alkisah, harini terpaksa skip drama best tu sebab ada jemputan makan malam merangkap farewell dari officemate. Tapi takpe! kak lin juga telah mengesyorkan untuk qada' tengok drama berkenaan kat malaymoviesfull.net. Yay!

Banyak jasa kak lin kat saya, nanti belanja eskrim doposen okeh :p

Kbai!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, 2 January 2013

Tengahari yang Jepun

Tadi lari kejap ke Jusco beli hadiah untuk anak buah comel lotey, si Liesya. Semalam besday dia tapi tak dapat attend so bagi menan je kat beliau.



Pening jugak kepala nak memikir hadiah apa yang seswai untuk dak comey tu. Sudahnya lunch hour pun kejap je abeh. Tapau sushi Jusco sebab macam dah lama tak jamah. Eleh tu pun nk kepoci dak Qema neh :p



Tapi sushi Jusco bukanlah subjek utama yang nak diketengahkan even tajuk entri macam match gitu. Tengok pic lunch set nuu..ada satu tin ayor warna pink tu. Nama beliau Heaven on Earth keluaran the Coca Cola Company ropenyer. Dalam peti ada 3 jenis, ice lemon tea, lagi satu tak perasan perisa apa dan lagi satu yang aku beli ni. Beliau adalah campuran the dan buah Markisah, bukan nama orang ye! Omputih panggil Passionfruit, kemain glemer lagi nama ko.



Dah selalu tengok iklan kat tiwi pasal teh Heaven on Earth ni tapi harini baru tergerak nak beli. Rasanya sangat ohsem! Tiada rasa penyesalan setelah meneguknya sebab rasa sedapppp. Tak macam air spritzer yang aku pernah beli dulu (perisa sama buah Markisah), punya payau semacam wekwek. Ok dah jangan kondem lebih-lebih.



Jadi, sapa nak try kesedapan siyes sedap ayor tin ni sila ke kedai runcit atau pasaraya berhampiran. Harga setin aku beli kat Jusco tadi RM1.40 sajew.



Kbai!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Langit menangis di pagi ke 2 tahun baru

Selamat pagi semorang.



Masa kat rumah pagi tadi matahari dah mengintai untuk keluar menerangi langit tapi, dalam perjalanan nak ke office menitik pulak air mata sang awan. Basahnya bumi, basah jugakla sang suami yang pegi keje bersama si suzan. Kesian dia :(



*Intro feeling2 penulis novel gitu*



Hari kedua di taun baru, juga merupakan hari jadi sahabat yang disayangi ketat-ketat. Nanti cerita lagi, keje atas meja dah memanggil2 dari tadi.



Kbai!



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone