Cari

Friday, 17 August 2012

Kadar Zakat Fitrah bagi Negeri-Negeri di Malaysia 2012/1433H



Definisi ringkas, Zakat Fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Panduan Membayar Zakat

Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
Pastikan anda mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri.
Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya.



Negeri
Kadar Zakat
Tahun 2012 (RM)
WP Persekutuan
KL / Putrajaya / Labuan
7.00
Perlis
6.00
Kedah
7.00
Pulau Pinang
7.00
Perak
7.00
Selangor
7.00
Negeri Sembilan
6.50
Melaka
6.50
Johor
5.00 / 8.00*
Pahang
7.00
Terengganu
4.50 / 7.00 / 7.60
Kelantan
7.00
Sabah
7.00
Sarawak
6.50
*Bagi negeri Johor dan Terengganu berdasarkan harga,gred dan jenis beras yang dimakan


Harga Fitrah RM 5.00
Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional)

Nota:-
Sumber kadar yang disertakan ini adalah menerusi daripada pusat zakat dan juga laman sesawang rasmi majlis agama islam mengikut negeri.

Ibnu Umar meriwayatkan : "Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan kepada setiap orang muslim, samada dia merdeka atau hamba, lelaki mahupun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum."

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah Pada Bulan Ramadhan
Wajib - Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Paling Afdhal - Sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri.
Sunat - Sepanjang bulan Ramadhan.
Makruh - Selepas solat sunat hari raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari 1 Syawal.
Haram - Selepas terbenam matahari 1 Syawal.

Kadar Zakat Fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu bersamaan 2.3 kilogram atau sesuatu yang sama nilai dengannya.

Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadhan dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadhan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri

Sumber: suria.fm

 Entri kesinambungan dari Wordless Wednesday #3

No comments: