Sesi kepoh² kat fesbuk petang tadi. Seperti yang semorang sedia maklom, si Qema amatlah suka membeli barang yang ada boh free item even barang tersebut tidaklah begitu perlu pada masa itu. Eh, aku sorang je ke? Kalau ada geng meh gimme five!
Berbalik kepada cerita air wick freshmatic, kebetulan ternampak benda alah ni masa beli barang dapur dan mak teringat yang ada kat rumah dah tak berfungsi. Senyap sunyi berapa hari even dah tukar bateri baru. Dek kerana terpampang punya besar perkataan 'FREE' kat packaging cepat je aku memberi hujah paling bernas supaya mak tak bertukar fikiran di saat akhir. (Mak adalah seorang penjimat cermat, dalam hal ni barang yang menjadi subjek utama tidaklah begitu penting). Finally, tadaaaa...
Welcome to the family Special Edition Air Wick Freshmatic Lavender! Harga untuk 1 pek hanya RM19.90 kat Econsave Pontian, port lain tak pasti sama atau tak. Ekceli ada pilihan bau lain jugak tapi mak suka bunga purple ni. Dalam pek tu ada 1 tin air freshener refill, 1 automatic spray dengan 2 bijik bateri AA. Yang free tu hanyalah decoration sticker rupanya. Hewhewhew.
Sampai je rumah terus mulakan projek men'deko'. Berpandukan corak yang tertera kat kotak, aku susun atas mesin spray tu. Bunga² kat sticker disusun ikut sukati manager kilang agaknya. Tak sampai 15 minit siap!
Tapiiii....tak sama langsung dengan design kat kotak sebab half away tersalah tampal tang daun lalu projek diteruskan dengan design ikut sukati aku pulak. Macam bersepah je bunga tu aku tengok, gasaklahhhh.
No comments:
Post a Comment