Klik gambar untuk muat turun panduan lengkap
Silakan Share untuk rujukan anda dan keluarga.
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang, ringan dan kelapangan hati selepas siap solat fardhu Isya' dalam bulan ramadhan.
Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tahun ini kita tak dapat buat terawih di masjid.
● Mungkin tempoh pkp ini akan berlarutan sehingga ke bulan puasa maka kita boleh melakukan solat sunat tarawih di rumah
● Penuhi bulan ramadhan kita dengan amal ibadah walau apa pun ujian hidup yang melanda kita
SOLAT SUNAT TARAWIH
● Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
Bagi imam: Usolli sunnata tarawih rok 'ataini imaaman lillahi taala
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat menjadi imam kerana Allah Ta’ala.”
Bagi makmum: Usolli sunnata tarawih rok 'ataini makmuman lillahi taala
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala.”
● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. Baca surah kulya dan kulhuallah untuk kesemua rakaat pertama dan kedua pun tak mengapa.
● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
● Doa yang paling ringkas selepas empat rakaat dan selepas 8 rakaat boleh membaca doa ini:
Allahumma inna nas aluka ridho kawal jannah wana'u zubikamin sakho tika wannar
Allahumma innaka 'afuwun karim tuhibbul 'afwa fa'fu anna
Wa an walidina Walijamiil musliminawal muslimat walmukmininawal mukminat birohmatika ya arhamarrohimiin
Aamiin 🤲🏻
SEMOGA BERMANFAAT
1 comment:
Saya pon x paham,macam mana sholat kt rumah,,brp x rakaat kak,,lau boleh tolong ajar saya,,trima kasih
Post a Comment