Lesen memandu baru
Alhamdulilah selesai urusan renew lesen memandu untuk tahun ni. Selalunya Qema renew lesen kat Pejabat Pos je sebab ada cawangan dalam kawasan tempat kerja. Urusan tak ambil masa panjang jika tak ramai pelanggan, dalam masa 5 minit dah selesai.
Pejabat Pos Universiti Teknologi Malaysia
Bangunan Persatuan Pelajar Universiti Teknologi
Pejabat Pos Universiti Teknologi Malaysia
Bangunan Persatuan Pelajar Universiti Teknologi
Jalan Budi, Skudai, 81300 Johor Bahru, Johor
Operation hours:
Phone: 07-554 4740
Operation hours:
- Friday = Closed
- Saturday = Closed
- Sunday = 8:30am–5:30pm
- Monday = 8:30am–5:30pm
- Tuesday = 8:30am–5:30pm
- Wednesday = 8:30am–5:30pm
- Thursday = 8:30am–4:30pm
Phone: 07-554 4740
So, Qema nak share beberapa maklumat penting berkaitan prosedur pembaharuan lesen memandu (CDL) untuk tahun 2020. Kalau tak sempat nak renew sendiri boleh minta bantuan daripada runner atau bantuan kawan/adik beradik/saudara mara. Semoga bermanfaat 😉
Pembaharuan lesen memandu kompeten boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB)
Syarat- syarat pembaharuan:
- Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaj
- Tidak disenaraihitamkan (blacklist)
Dokumen yang diperlukan:
- MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
- Pengenalan diri asal wakil;
- Lesen memandu asal/salinan;
- Dokumen pengenalan diri wakil yang asal;
- Bayaran RM20.00/tahun bagi kelas B2 B & C (Kelas A/A1 RM2.00). Bayaran RM30.00/tahun bagi kelas D & ke atas. (Warganegara)
- Bayaran RM120.00 untuk semua kelas B2,B,C,D,DA,F,G,H,I (Bukan Warganegara)
No comments:
Post a Comment