Cari

Sunday, 16 February 2020

Prosedur Pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) tahun 2020


Lesen memandu baru

Alhamdulilah selesai urusan renew lesen memandu untuk tahun ni. Selalunya Qema renew lesen kat Pejabat Pos je sebab ada cawangan dalam kawasan tempat kerja. Urusan tak ambil masa panjang jika tak ramai pelanggan, dalam masa 5 minit dah selesai.

Pejabat Pos Universiti Teknologi Malaysia
Bangunan Persatuan Pelajar Universiti Teknologi
Jalan Budi, Skudai, 81300 Johor Bahru, Johor

Operation hours:
  • Friday = Closed
  • Saturday = Closed
  • Sunday = 8:30am–5:30pm
  • Monday = 8:30am–5:30pm
  • Tuesday = 8:30am–5:30pm
  • Wednesday = 8:30am–5:30pm
  • Thursday = 8:30am–4:30pm

Phone: 07-554 4740

So, Qema nak share beberapa maklumat penting berkaitan prosedur pembaharuan lesen memandu (CDL) untuk tahun 2020. Kalau tak sempat nak renew sendiri boleh minta bantuan daripada runner atau bantuan kawan/adik beradik/saudara mara. Semoga bermanfaat 😉