Cari

Saturday, 13 August 2011

Jalan Alternatif Hari Jumaat di Bulan Puasa, Permas Jaya - Skudai (Johor)

Masa start enjin kereta : 5.00 petang
Masa tiba di rumah : 7.05 petang
Tempat memulakan perjalanan : Permas Jaya Mall, Masai
Koordinat 1°29'48"N 103°49'1"E
Destinasi : Skudai, Johor

Ada beberapa  landmark yang aku jadikan sebagai panduan untuk elak sesat iaitu:


Giant Hypermarket Plentong
Carrefour Johor Bahru
Kompleks Mutiara Johor Land
Kawasan Perindustrian Tebrau 1
Taman Perling



    *KLIK GAMBAR UNTUK PETA YANG LEBIH JELAS*


    Dari Permas Jaya Mall aku menuju ke Giant Hypermarket Plentong (Jln Masai Lama). Bila sampai dekat simpang berhadapan dengan Giant, aku ambik susur kiri dan jalan terus sampai jumpa simpang tiga di hujung jalan. Ada 2 traffic light sementara nak sampai ke simpang tiga tu. Traffic light pertama nak naik ke lebuhraya Pasir Gudang kalau tak silap, jadi wajib elakkan terbabas ke sana.


    Next, jalan terus don't belok-belok melalui Jln Masai Baru sampai ke Jalan Pandan. Tiba di Jln Pandan akan ada 1 traffic light, dari situ dah boleh nampak McDonald dan Carrefour Johor Bahru. Meh teruskan perjalanan melalui jalan di antara McD dan Carrefour sehingga tiba di jalan belakang Pasaraya Smart, Pandan. Aku jalan terus sehingga jumpa satu simpang 4 dan belok ke kanan (ada signboard Pasir Gudang arah kanan, Pusat Bandaraya arah kiri)


    Aku teruskan perjalanan sehingga tiba disimpang keluar ke lebuhraya Pasir Gudang, tapi tak belok kiri sebaliknya teruskan perjalanan ke Taman Daya. Di lorong kiri boleh nampak kereta bersusun nak keluar ke lebuhraya. Apabila tiba  di simpang 3 (traffic light) aku susur ke kiri menuju ke Jalan Kangkar Tebrau. Jalan terus dan sebelah kiri ada simpang ke Kompleks Mutiara Johor Land, aku teruskan perjalanan sampai ke Kawasan Perindustrian Tebrau 1.


    Sampai di hujung jalan akan ada satu lagi simpang 3 (tiada traffic light) yang berhadapan dengan kawasan kilang, aku belok kiri dan jalan terus sampai jumpa 2 traffic light. Di traffic light ke 2 aku ambil simpang ke kanan untuk keluar ke lebuhraya Pasir Gudang. Aku ada niat nak naik lebuhraya KL-Melaka tapi tak dapek sebab dah terlepas pun. Maka mari kita teruskan perjalanan sehingga tiba di susur keluar Jalan Skudai. Kena jaga-jaga elak terbabas ke Taman Perling.


    Daripada sini jalan dah expert pun, celah gigi aje. Ecececeh! Tapi kalau nasib tak baik Jalan Skudai pun boleh buat hal, apa nak buat redhoooo je lah kalau itu terjadi. Alhamdulilah selama 2 minggu di bulan puasa ni jalan Skudai tak begitu mengecewakan (sekitar jam 6-6.30 petang). Sempat la jugak menyinggah bazar Ramadhan untuk beli juadah berbuka.





    Kiri - Jalan meredah Leburaya Pasir Gudang | Kanan -  Jalan cilok cilok 2 jam++

    Ekceli kalau ikut jalan alternatif pun masih kena redah lebuhraya Pasir Gudang (keluar dari Kawasan Perindustrian Tebrau 1) tapi taklah kritikal sangat sebab kenderaan dah bergerak lancar di situ.  Jalan alternatif ni mengambil masa lebih kurang 2 jam yakni lebih kurang masa yang sama kalau tempuh jammed (inipun untuk kes nasib baik pandai cilok lori dan kenderaan lain). Aku lebih rela jalan jauh dari menghadap kereta beratur tak gerak-gerak di lebuhraya pasir gudang tu. Sungguh menyeksakan jiwa raga. Huh!

      Sebarang kesesatan semasa mencuba jalan alternatif ini, tak dapek den nak nolong. Hee. Btw, tq Angah & Abg Pian :)


    2 comments:

    Mr PenyuBiru said...

    pergh...lengkap dgn map tu. sure org yg follow instruction ni x sesat punyer.hehe

    Qema Amaya said...

    @Mr PenyuBiru
    hehe. sharing is caring katenyer :)