Cari

Monday, 19 August 2013

#R4BIA? Apa tu?


Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag #R4BIA? Apakebenda R4BIA tu?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.

Sumber: save Egypt

Monday, 5 August 2013

Pengumuman Zakat Fitrah 1434H / 2013M bagi Negeri Johor Darul Takzim


Panduan Kadar Fitrah
Harga Fitrah RM 5.00
Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional).
Panduan Pembayar
  • Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di Negeri Johor
  • Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.
Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:
” Rasulullah S.A.W mewajibkan Zakat Fitrah kerana ia membersihkan kekotoran (dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberi makanan (juadah) kepada orang-orang miskin, dan barang siapa menunaikannya (Zakat Fitrah) sebelum solat hari raya, maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (Zakat Fitrah) selepas solat hari raya, ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan Zakat Fitrah)”
Hadith Riwayat: Abu Daud & Ibnu Majah
Kaunter Kutipan Zakat Harta dibuka 7 Hari Seminggu:
Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang (Waktu hari bekerja biasa)
Sabtu & Ahad: 9.00 pagi – 4.30petang
Tempat: Semua Kaunter Zakat Harta, Pejabat Kadi Daerah di Seluruh Negeri Johor
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Semoga ibadah puasa yang dilaksanakan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. 
Rebutlah Keberkatan Ramadhan Dengan Berpuasa dan Berzakat
Sumber: http://www.maij.gov.my

Untuk negeri-negeri lain boleh semak melalui link di bawah:

Kadar Zakat Fitrah 2013/1434H Negeri Seluruh Malaysia

Sunday, 4 August 2013

Kadar Zakat Fitrah 2013M/1434H Negeri Seluruh Malaysia

Assalamualaikum semorang :)

Jom semak kadar zakat fitrah untuk tahun ini. Berdasarkan analisis, kadar zakat fitrah 2013/1434H tidak akan jauh berbeza dari kadar zakat fitrah 2012 yang lalu.

Dibawah terdapat kadar zakat fitrah 2013M/1434H bagi negeri seluruh Malaysia.


Kadar Zakat Fitrah 2013/1434H Negeri Seluruh Malaysia

Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri Yang Telah Di Sahkan


  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor - RM7.00
  • Kadar Zakat Fitrah Kelantan - RM7.00
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sembilan - RM6.50
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis - RM6.00


Waktu Membayar Zakat Fitrah


  • Waktu Wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu paling afdal: Sebelum Solat Sunat Aidilfitri
  • Waktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
  • Waktu makruh: Selepas solat sunat Aidilfitri dan terbenam matahari 1 Syawal.
  • Waktu Haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal

Sumber: http://kezoom.blogspot.com

Friday, 2 August 2013

Selamat Dua Puluh Lima

Hai semorang,

Masuk je 1 Ogos semalam hati mak kucing ni dah terdetik sesuatu. Sesuatu bukan untuk hari itu tapi esoknya. *Hadoilaapapunyebelitintroakuni*

Oyeahh! Harini adalah hari-tambah-umur untuk mummy kesayangan we ols. Sayang dia since sekolah sampailah dah beranak pinak dan sampai bila². Jadi mari kita nyanyi lagu Selamat Ulang Tahun untuk mummy Nur Idayu binti Ishak..


♪♫♪ "Selamat doploh limaaa..

Selamat doploh limaaa.. ♪♫♪♫

♪♫ Selamat doploh lima ayuuuuu..

Selamat doploh lima taunnnnn" ♪♫♪♫



Ayu yang we ols kenal =  ganas tapi jiwang  + penyayang + penyabo + tak kedekut + setia + bertabah + ade pendirian diri + kengkadang kuat membebel (dah jadik mak lah katakan) dan lain-lain. Myra, Uda or Wanie ade nak tambah? Heee.

p/s: I luv u fren!
p/s dari Rini : *meow..meoww..meowwww..* <- selamat hari tua mummy