Salam u ols.
Entri kali ni nak berkongsi pengalaman aku tukar lesen P ke lesen CDL atau nama panjangnya Competent Driving License. Semoga boleh jadi panduan untuk semorang yang baru nak melalui fasa hidup yang satu ni.
Baiklah sedara sedari cikebom cikebom sekalian, senarai di bawah adalah dokumen yang perlu disediakan dan dihangkut bersama ketika urusan pembaharuan lesen hendak dilakukan. Pastikan semua lengkap untuk mengelakkan anda dihalau balik setelah penat tunggu kat pejabat mereka.
- Satu keping gambar berukuran lesen memandu. Masa amik gambar tu bagitau kedai gambar nak amik gambar untuk lesen. Kalau korang bagi gambar berukuran pasport kat kaunter memang saja mintak kena tengking.
- Lesen P asal. Jangan lupa bawak ye! Ia sangat penting sebab lepas dapat lesen CDL, pegawai tu akan potong lesen P menandakan mende tu dah tak valid lagi.
- Kad Pengenalan asal. Ini barang memang kena usung kemana kita pergi sekali pun tapi sila pastikan ianya ada dalam dompet, yelah manatau semalam pegi fotostat ke hapa lupa nak masukkan balik dah satu hal kena main cari harta karun.
Itu sajok. Ekceli boleh je mintak tolong Sekolah Memandu tolong buatkan tapi makan masa nak dapat balik lesen korang plus dengan bayaran pun agak mahal sebab nak bayar kos runner segala. Aku buat sendiri kat JPJ untuk 2 tahun terus total bayaran adalah RM60. Akak kaunter tu bagitau limit boleh sampai 5 tahun. 1 tahun RM30, 2 tahun RM60 dan seterusnya. No diskaun maun.
Lepas dapat lesen terus BBM kat somi bagitau lesen dah settle. Komen beliau yang ringkas & padat ---> 'Selambak'. Cis..cis..cis..dan cis lagi. Itu adalah hasil 3 kali shoot dengan posing yang berbeza, dah kali ke 3 tu aku redho je sebab amoi kedai kodak macam malas nak layan cekadak aku.
Meh nak share jugak peta dan alamat penuh pejabat JPJ Taman Daya. Kalau nak tau aku dah kali kedua datang sini driving alone tapi malangya sesat jugak. KAHKAHKAH!
Telephone: 07-3606060 | Fax : 07-3542805 | Email : kus@jpj.gov.my
Office Hours :
Monday - Thursday : 7.45 am - 5.00 pm (1.00pm - 2.00pm break)
Friday : 7.45 am - 5.00 pm (12.15 pm - 2.45 pm closed for lunch break)
Remarks : Counters for road tax and driving license renewal remain open during lunch break.
Sumber: http://jpj.my/state_jpj_offices/JPJ_Johor_Bahru.htm (FAQ)